Buat Renungan Semua

Ku merintih... aku menangis... Ku meratap... aku mengharap... Ku meminta... dihidupkan semula, Agar dapat kembali ke dunia nyata, Perjalanan rohku melengkapi sebuah kembara, Singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia, Menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar, Diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah bewarna merah, Semerah mawar dan juga indung, Tujuh langkah pun baru berlalu, Seusai talkin bernada syahdu, Tenang dan damai dipusaraku, Nisan batu menjadi tugu, Namun tak siapapun tahu, Resah penantianku, Terbangkitnya aku dari sebuah kematian, Seakanku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan, Kehidupan di sini bukan satu khayalan, Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali ROH kembali... Kembalilah ke dalam diri, Sendirian sendiri... Sendiri bertemankan sepi, Hanya kain putih yang membaluti tubuhku, Terbujur dan kaku jasad di dalam keranda kayu, AJAL yang datang di muka pintu, Tiada siapa yang memberitahu, Tiada siapapun dapat hindari, Tiada siapa yang terkecuali

Lemah jemari..., Nafas terhenti..., Tidak tergambar sakitnya mati..., Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi..., Jantung berdegup kencang, Menantikan malaikat datang, Menggigil ketakutan, Gelap pekat di pandangan, Selama ini diceritakan, Kini aku merasakan, Di alam barzakh, Jasad dikebumikan, Ku merintih... aku menangis..., Ku merata... aku mengharap..., Ku meminta... dihidupkan semula, Agar dapat kembali kedunia nyata.

Wednesday, October 29, 2008

melepak2 di kolam pancing

;)) dah sekian lama nak buat blog ni, hari ni baru tergerak hati.. ingin berkongsi serba sedikit perjalanan hidup.. tapi yang tak menjadi rahsia sangat la.

27 Oktober 2008 (Isnin) - Selamat Deepavali untuk yang menyambut nya.. ahakz, lebih kurang kul 9.00malam member ajak aku pergi menjengok kolam pancing berdekatan dengan kampung aku.. aku pun setuju jer sebab tak de apa2 nak buat pun malam tu, jadi aku pun pegi la.. naik moto jer.. ahakz.. tak pakai helmet pulak tu.. jadi lepak lepak sama Bani, Midi dan Serin.. borak2 kosong sambil tengok orang memancing..

Sempat jugak la aku order air minum.. Ali Cafe Gula Skit (mmg kalau order Ali Cafe aku nak campur gula sket.. sebab aku tak minum susu). Kebetulan malam tu kawan aku yang memancing dapat ikan.. besar jugak, Ikan Tongsan seberat 4.8kg.. pandang ikan tu pun tak de selera la nak makan.. gemuk bebeno :) Sempat la aku ambik gambo kawan aku si Saari tu dengan ikan hasil pancingan dia.. ahakz.. sebenarnya bukan dia yang pancing pun.. dia tukang bawak timbang jer.. hehehe..

dalam kul 11.00 malam aku pun balik.. ngantuk la pulak.. dah balik apa lagi keje aku, ngadap PC jer la..